Pengiraan Angka Ibrani

Sistem angka Ibrani mengoperasikan prinsip tambahan di mana nila angka untuk abjad ditambah bersama membentuk jumlah. Contohnya, 177 diwakili oleh קעז yang bersamaan dengan 100 + 70 + 7 = 177.

Secara matematik, sistem sebegini memerlukan 27 huruf (1-9, 10-90, 100-900). Dalam praktik, huruf terakhir, tav (yang bernilai 400) digunakan dalam kombinasi dengan dirinya sendiri dan/atau huruf lain dari kof (100) ke atas, untuk membentuk nombor dari 500 ke atas. Untuk alternatif lain, set 22 huruf angka Ibrani kadangkala ditambah menjadi 27 dengan menggunakan 5 sofeet bentuk (terakhir) huruf Ibrani.

Pengecualian

Dalam kaedah biasa, nombor 15 dan 16 diwakili oleh ‫ט״ו‬ ‎(9 + 6) and ‫ט״ז‬ ‎(9 + 7). Ini dilakukan untuk mengelak penggunaan kombinasi dua huruf י–ה ‭(10 + 5)‬ dan י–ו ‭(10 + 6)‬ (yang merupakan bentuk penulisan alternatif bagi nama Tuhan) dalam penulisan harian. Dalam kalendar, ini menunjukkan setiap bulan purnama, kerana setiap bulan Ibrani bermula dengan anak bulan.

Kadang-kadang, kombinasi yang sebutannya mengandungi konotasi negatif akan dielak penggunaanya dengan menukar turutan huruf. Contohnya, ‫תשמ״ד‬ (bermaksud "kamu/ia akan dimusnahkan") akan ditulis menjadi תשד״מ‬.